Khamis, 24 Disember 2009

assalamualaikum....

sekejap lagi, lepas solat zohor nak balek kampung. nenek sakit. lagipun sabtu nanti dah nak balek tanjong malim. hari ni result PMR keluar. salah seorang calon adalah adik lelaki ku. Mohamad Anas. Alhamdulilah dia dapat 8A. Tapi ade satu 1c. die ambek 9 subjek semuanya. tapi alhamdulilah sesangat. kire baik sangat dah tu. berbaloi usaha die. tapi aku menasihatinya supaya terus belajar di sekola lamanya. SMK alor akar. aku tidak benarkan dia pergi ke sekolah berasrama. bimbang dibuli. lagipun belaja di mana-mana pun sama jugak. tak semestinya belajar di MRSM atau SBP akan menjanjikan kejayaan. yang penting usaha kite sendiri utk belaja. apa yg diajar oleh guru semuanya sama. selama ini pun abang2 n kakak2 die pun blaja kat sekolah harian jer. tapi alhamdullillah masing2 dah berjaya dan sedang menuju kejayaan yg sebenarnya. Jadi, kesimpulannya, belajar lah di mana sahaja tak kira tempat bila-bila masa......
ilmu itu perlu dicari dan difikirkan tentangnya....

Rabu, 23 Disember 2009

assalamualaikum.....

nampaknya sudah lama diri ini tidak menjenguk blog yang telah kucipta setahum yang lalu. malam ini seorang sahabatku membuatkan diri ini ingin kembali mencari blog yang sudah setahun lebih tidak kujengah. sehingga ID nya pun sudah terlupa. tapi setelah guna kaedah cuba jaya dapat juga ku membuka blog ini.

Di kala ini hatiku terasa begitu sunyi. Aku tinggal berdua dengan adikku dirumah. Ayah dan emak pulang ke kampung. Aku terpaksa tinggal sebab perlu mengemas barang0barang keperluan aku utk pulang ke UPSI, tanjong malim perak.