Khamis, 30 September 2010

LidaH....

Apa Kata Sahabat Tentang Lidah?????

1. Abdullah bin Mas'ud:
"Wahai lidahku, berkatalah yang baik, nescaya kamu beruntung. Atau diam dan dengarlah, nescaya kamu selamat sebelum menyesal."

" Tiada yang lebih layak dipenjara lebih lama daripada lidah."

2. Al-Ashma'i:
"Dikatakan,perkataan ialah tawanan yang diikat seseorang. Apabila dia berbicara, maka dia menjadi tawanan ucapannya."

3. Umar bin Abdul Aziz:
" Orang yang terjaga dan bertaqwa ialah orang yang selalu mendera lidahnya."

4. Adu al-Darda:
"Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu. Sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu ,mulut agar engkau lebih banyak mendengar daripada berbicara."

5. Al-hassan:
"Orang yang tidak mengerti tentang agama, tidak menjaga lisannya."


Sesungguhnya benarlah pepatah melayu yang mengatakan "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa".. Kata-kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan, kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita.. ucapkanlah sesuatu yang baik dari bibirmu kerana perkataan yang baik itu keluar dari hati dan fikiran yang baik.. kata-kata juga adalah doa. setiap butir kata yang keluar dari bibir kita ibarat doa untuk diri kita.. jadi ucapkanlah sesuatu yang baik yang dapat memberi manfaat kepada diri kita dan orang di sekeliling kita..... wallahualam....

ha jawab lah teka teki aku nih...

TEKA-TEKI
Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu
Teka-teki: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam ler.. haha…
Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la… sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!
Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!
Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
Teka.. teka.. kalo terer!
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar… hue hue hue!!
Teka-teki: Bulu bertemu bulu… kulit bertemu kulit… makin tambah rapat makin nikmat rasanyer!
Jawablah kalau bijak sangat!
Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..!
Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.
Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut ‘EPI BESDAY’
Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!
Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani
Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!
Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan… aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi… soalan bebudak pun takleh nak jawab!!
Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kuih salah bikin.

Binatang ape power Karate?
Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

Siape yang menemukan dompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Pintu yang ade tulis 'TARIK'

Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Pembohong...

Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
Usus

Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Kutu rambut

Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Neneknye si katak

Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Sbb lelaki ni kan 'buaya'

Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Dua-dua tak kenal korang...hehe

Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Tukang gali kubur

Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Tahi hidung

Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

Gajah terbang dengan ape?
Dengan susah payah......

cerita jenaka...

SERAM
Sebuah sekolah asrama perempuan di Terengganu diganggu jin Islam. Yang peliknya pelajar Cina dan India tidak diganggu. Hanya pelajar Melayu sahaja yang diganggu. Seorang bomoh dipanggil unuk menghalau jin itu. Upacara dilakukan. Bomoh bertanya kepada jin ”Kenapa kau tak ganggu pelajar perempuan Cina dan India?” Jin itu menjawab dengan suara yang menakutkan ”Siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada memikat... he..he..he..


NOMBOR
Suatu hari di sebuah sekolah berhampiran dengan studio UJANG, seorang guru matematik menyedari seorang muridnya bernama Jinggo tidak menumpukan perhatian semasa dia mengajar. Lalu dia memanggil Jinggo dan bertanya pada Jinggo, ”Jinggo!Beritahu saya apakah kategori nombor 4, 17, 40 dan 62?” Kemudian Jinggo dengan pantas bangun dari kerusinya dan menjawab, ”Ria, AXN, HBO dan Cartoon Network Cikgu!” Selepas menjawab, dua batang kapur telah melayang dan menyumbat lubang hidung Jinggo.

BENGANG
Na Zha : Saya nak tanya satu soalan, boleh tak?
Ah Liu : Boleh apa salahnya.
Na Zha : Okey, kalau perkataan TULANG dibuang T jadi apa?
Ah Liu : Ulang la
Na Zha : TULANG dibuang T jadi apa?
Ah Liu : Ulang la
Na Zha : TULANG dibuang T jadi apa?
Ah Liu : Ulang la
Na Zha : TULANG dibuang T jadi apa?
Ah Liu : Ulang la
Na Zha : TULANG dibuang T jadi apa?
Ah Liu : #%@&?!!!!! Aku makan kang budak ni!!!

Perihal Silaturahim....

Silaturrahim

Sabda rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya rahmat Allah tidak turun kepada satu kaum yang ada dikalangan mereka seseorang yang memutuskan silaturahim (Imam Al Baihaqi)
Sabda rasulullah s.a.w.: Tidak ada dosa yang paling wajar disegerakan Allah akan siksanya kepada pelakuna didunai ini daripada pemutus silaturahim (Abu Daud, Tarmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah)

Mencintai saudaranya

Sabda rasullulah s.a.w: Tiada beriman seorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya. (Bukhari dan Muslim)

Berilah Kemaafan... Usah biarkan ego menguasai diri...

BERMAAF-MAAFAN adalah antara sifat terpuji yang perlu dilakukan sepanjang masa. Firman Allah bermaksud : “Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa”. (Surah al-Baqarah, ayat 237)

Menurut Imam Al-Ghazali, pengertian maaf itu ialah apabila anda mempunyai hak untuk membalas, lalu anda gugurkan hak itu, dan bebaskan orang yang patut menerima balasan itu, dari hukum qisas atau hukum denda.

Dalam sebuah hadis qudsi Allah berfirman yang bermaksud : “Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, wahai Tuhanku!, manakah hamba-Mu yang lebih mulia menurut pandanganMu?”

Allah berfirman: “Ialah orang yang apabila berkuasa (menguasai musuhnya) dapat segera memaafkan.”

Daripada hadis itu, Allah menjelaskan bahawa hamba yang mulia di sisi Allah adalah mereka yang berhati mulia, bersikap lembut, mempunyai toleransi tinggi dan bertolak ansur terhadap musuh.

Dia tidak bertindak membalas dendam atau sakit hati terhadap orang yang memusuhinya, walaupun telah ditawannya, melainkan memaafkannya kerana Allah semata-mata. Orang yang seperti inilah yang dikenali berhati emas, terpuji kedudukannya di sisi Allah. Memaafkan lawan di mana kita berada dalam kemenangan, kita berkuasa, tetapi tidak dapat bertindak sekehendak hati. Inilah sifat mulia dan terpuji.

Firman Allah lagi bermaksud : “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa.” (Surah Ali Imran, ayat 133-134)

Ayat itu membuktikan bahawa orang yang menahan kemarahannya, termasuk dalam golongan Muttaqin iaitu orang yang bertakwa kepada Allah. Tambahan pula Allah akan memberikan pengampunan kepada mereka, lalu menyediakan mereka balasan syurga. Alangkah besar dan hebatnya ganjaran bagi manusia pemaaf.

Kemaafan dalam Islam

Memaafkan kesalahan seseorang adalah tanda orang yang bertakwa.

Wajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta.

Sifat ‘tak kenal maaf’ atau ‘tiada maaf bagimu’ adalah sifat syaitan. Ia akan membawa keretakan dan kerosakan dalam pergaulan bermasyarakat.

Masyarakat aman damai akan terwujud jika anggota masyarakat itu memiliki sikap pemaaf dan mengerti bahawa manusia tidak terlepas daripada salah dan silap.

Imam Al-Ghazali memberi tiga panduan bagi memadamkan api kemarahan dan melahirkan sifat pemaaf.

Apabila marah hendaklah mengucap “A’uzubillahiminassyaitanirrajim” (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).

Apabila marah itu muncul ketika berdiri, maka hendaklah segera duduk, jika duduk hendaklah segera berbaring.

Orang yang sedang marah, sunat baginya mengambil wuduk dengan air yang dingin. Hal ini kerana kemarahan itu berpunca daripada api, manakala api itu tidak boleh dipadamkan melainkan dengan air.

Isnin, 23 Ogos 2010

bulan pose...

ari nih dah masuk hr yg ke 13 umat islam seluruh dunia berpuasa... alhamdulilah.. syukur atas nikmat ALLAH... sekejap jer mase berlalu... terlalu singkat.. tup tup tup dah dekat 2 minggu kt berpose kan kan kan?? so amalan korang bulan pose tahun ni camne?? kalo tanye aku, hanya mampu cakap alhamdulilah... hanya ALLAH yang mengetahui.. kite kalo wat baik tak yahlah nak heboh2 kat org... sesungguhnya ALLAH itu lebih mengetahui dari segalanya.... tak payahlah nak banding-bandingkan amalan kite dgn org lain. buang mase jer.. biar malaikat ratib dan atid yang catat segala amalan kite dan menghitungnya.. kite tak yah susah nak ambek kalkulator duk kire k. depa lagi pandai mengira dari kite.

hari ni sepatutnya aku kena pi jumpe lecturer pasal tesis tapi keadaan tak mengizinkan. aku diserang cirit-birit. naseb bek member group aku tak kesah. depa kate ok takpe hang rehat je kat rumah. ni smeua gara2 air kelapa semalam lah nih. alkisahnya air kelapa yang aku beli utk buke pose semalam tersangatlah sedaonye. tapi aku minum tak habis. jadi lebih kurang cam 1 pagi tu aku teringinlah minum lagi. roomate aku cakap tak yahlah minum sebab mesti dah masam air tu. yelah aku beli pukul 5 petang, time nak minum tu dah kul 1.. dekat 7 jam gak tu kan gap. tapi aku tak kire aku bantai je minum. mule2 aku rase dulu, rase cam ok je aku sedutlah semua... licin.. tinggal plastik ngan straw jer... dan akibatnya pag nih aku diserang diarea yg agak teruk lah.. lebih spolh kali kut aku wat appointment ngan mr. toy (toilet... takpe2 dugaan bulan pose... habis keluar semua isi perut aku..

dah lah kut.. aku stop kat cni jelah... next time aku citer lg ek..

assalamualaikum...

Khamis, 22 Julai 2010

SERVICES PRINT

MARI! MARI! MARI! TAWARAN HEBAT!!!!!!!!!!!!!

# ANDA MAHUKAN PERKHIDMATAN PRINT , SCAN DAN FOTOSTAT DI SAAT-SAAT DARURAT???

# PERLU HANTAR ASSIGMENT DI AWAL PAGI TETAPI ASSIGMENT BELUM DIPRINT???

# KEDAI UNTUK PRINT, SCAN DAN FOTOSTAT YANG JAUH DAN SUKAR UNTUK KE SANA??? MALAS UNTUK KELUAR KE KEDAI???

# JANGAN RISAU.... KINI ANDA ADA PENYELESAIANNYA... KAMI BERSEDIA MENYELESAIKAN MASALAH ANDA...

# KAMI ADA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN:

1.PRINT
- HITAM PUTIH (20 SEN SEKEPING@SATU MUKA SURAT)
- WARNA (50 SEN – RM 2.00 SEKEPING@SATU MUKA SURAT)
- LOGO UPSI (50 SEN SETIAP SATU)

2.SCAN
-50 SEN SEKEPING

3.FOTOSTAT
-HITAM PUTIH (20 SEN SEKEPING@SATU MUKA SURAT)
-WARNA (RM 1.00 SEKEPING@SATU MUKA SURAT)

4.BINDING TAPE
-50 SEN SEKALI TAPE


DIBUKA 24 JAM 7 HARI SEMINGGU: CALL @ SM DULU SEBELUM DATANG

KUNJUNGI KAMI DI KOLEJ ZA’BA, BLOK C, RUMAH 205
HUBUNGI AFIDAH DI TALIAN 019-9307152 @ 017-5769331

JIKA BANYAK ADA DISKAUN!!!

utk awak yg saye sayang........

UNTUK AWAK YANG SAYA SAYANG

Awak,
Hari ni awak nampak serabut
Semo orang kutuk
Tapi ada gak hati yang puji
jadik you can always count on me...

Awak,
Hari ni saya senyum kat awak
Tapi awak jalan depan saya
Jadik senyum pun tak gune

Awak,
Hari ni awak tego saya
Tapi saya buat2 pekak
Padahal nak elak daripada tak boley berenti borak

Awak,
Hari ni saya tego awak
Tapi saya tego awak dalam hati
Jadik awak tak penah dengar all the gud lucks and
take care hari2

Awak,
Hari ni kita duduk semeje
Tapi raser cam jauh giler
Padahal tak sampai sedepa

Awak,
Hari ni awak beratur belakang saya
Tapi saya tak tau nak cakap ape
Jadik saya blah mcm tu ajer

Awak,
Hari ni berubah situasi
Tapi saya still kat sini
Padahal dah kosong tak berisi

Awak,
Hari ni saya nampak awak kat Mc D
Tapi awak tak macam dulu lagi, dah berteman
Jadik saya terdiam sendiri

Awak,
Hari ni saya dah janji..nak pergi
Tapi tak tau kenape tak boley pegi

Awak,
Hari ni saya menyesal ade ego yang tinggi
Tapi dah takde harapan kat sini
Jadik nak tak nak terpakse sendiri

Awak,
Hari ni hari terakhir nampak awak
Tapi awak tak toleh sini
awak focus kat tv

Awak,
hari ni saya tgk gambar kiter senyum
tapi gambar tinggal gambar
nak buang sayang
nak simpan sedey

Awak,
besok antare kita
ader balai berlepas
besok tak de besok untuk saya
besok jugak tak de besok untuk awak

Awak,
semoge satu hari nanti
saya menginsafi diri
tak nak ada ego tinggi lagi
buat sakit hati

Awak,
sebelum pergi
hari ni..kat sini
saya janji...
semua ni untuk awak
Sebab kenal awak anugerah terindah penah
saye miliki.

Terime kasih Awak..
Terima kasih sangat2 sebab sudi jadi kawan saye..

Jumaat, 2 Julai 2010

SCORE A LEARNING PROGRAMME...

jom kengkawan... kite reramai wat duit... pendidikan adalah satu pelaburan... melabur untuk pendidikan dalam masa yang sama kite dapat wat duit... nak tahu lebih lanjut sila hubungi kat talian 017-5769331 atau post comment kat blog ni k...

BERAKHIRLAH KISAH KU DI HOMESTAY LONEK........

assalamualaikum............

akhirnya, hari ni 2 julai 2010... tarikh akhir aku menghabiskan latihan industri ku di Homestay Lonek ni... huhuhuhu... sedey sangat rase tau. malam tadi ade wat majlis perpisahan. sayu hati ini ingin meninggalkan setelah 2 bulan menghabiskan masa kat LONEK... memang satu kenangan yang takkan dilupakan.... insya allah ade mase aku akan ke sana lagi...

Rabu, 2 Jun 2010

Kenalah Faham... susah ke nak faham???

assalamualaikum.....

tolonglah faham... kalau cakap direct kang kecik hati pulak... bila aku simpan sakit hati... susahlah macam ni.. takkanlah tak faham... banyak kali dah kau sindir, perli dan bagi hint yang aku tak selesa dengan sikap dia yang berlagak tu.... ade seape boleh bagi pandangan????

Ahad, 30 Mei 2010

hari yang memenatkan.....

assalamualaikum....

penat!... keje penat, tak keje pun penat... tp lebih baik penat sebab bekerja kan kan kan... br berfaedah... hehehehe....

nak tau sebab ape penat??? sebabnyer 3 hari straight bekerja keras jadi orang dapur... hehehe.... tolong orang kampung wat kenduri.. yelah kite ni kan merantau tempat org, kenalah pandai membawa diri, bila ade kenduri kena rajin kan diri pergi menolong.. tak menolong sangat pon just tunjuk muke, ambek hati.. taklah org cakap kite sombong kan kan kan.....

hari jumaat ngan sabtu kena buat preparation n layan pelancong... penat wei... nak patah kaki ni rase nye... tp best.. sbb blaja banyak benda baru.... hari ni iaitu hari ahad pi kenduri rumah acik bada.... kenduri doa selamat.... very funny today... yelah mane tak lucunye, aku ni biasanya kalau gi kenduri mane lah turun dapur just tolong2 kt bhgn depan... hr ni kena tolong acik2 kat dapur so, agak kekok sikitlah siap kena perli ngan kak long tak pernah wat keje kuat.. hihihikk...... neway aku akan blaja untuk bersosial dgn semua peringkat masyarakat... yelah aku ni kan bakal cikgu so kena ade skill yg tersendiri utk pikat hati org especially my future student n org kampung.....

aku jugak skrg ni sedang mempertingkatkan lg my general knowledge about everything especially "kampong" life.... mane tau nanti aku tercampak kat kampung2 kan so, sedikit sebanyak pengetahuan sedia ad akan membantu......... insyaallah...

ok... cukup sampai dicni...

Selasa, 25 Mei 2010

LATIHAN INDUSTRI....

Alhamdulillah.... masuk hari ni dah minggu ke-3 aku melaksanakan LI kat HOMESTAY LONEK ni.... dh macam2 hal kami lalui.... ade yg manis dan ade yang kelat... tp itu semua memberi rencah dalam diariku dicni.... very hepi doing my LI here.... acik2 kt homestay ni smeua baik2... anggap kami ni macam anak depa... slalu duk ajak makan kat rumah.. seronok... hihihihikkk.... bab makan free memanglah best kan... sabtu n ahad yg lepas kami join proram homestay yang pertama.... really enjoy it.. walaupun penat tp best... minggu ni pun ade tourist datang.... tiap2 minggu kami kena overtime sabtu ngan ahad... tapi takpe seronok.... membe2 pun dapat ramai... tp kat homestay kampung lonek ni dah tak ramai anak2 muda, kebanyakkannya org2 pertengahan usia n warga emas... kami ni on je.. dgn sape2 boleh masuk... tp mula2 tu seganlah jugak.. tp yang best nye acik2 kat sini semua sportin morting.... ilang rase segan kami tau... hehehe...

rutin harian kami, masuk kerja kul 8 pagi balek kerja kul 5 ptg... kalau takde pelancong kami akan duduk di pejabat atau di kedai seri lonek untuk buat pengurusan dan pentadbiran. belaja nak rekod urus niaga, kewangan, laporan n segala bagai tentang urusan pejabat... bila ade tourist pulak, kami perlu layan tourist.. ikut serta dgn pihak urusetia jalankan program... seronok sangat... setakat ni baru 3 program dah kami join... pas ni banyak lagi terutama mase cuti skeolah....

banyak perkara yang perlu kami belajar lagi tentang pengurusan homestay ni. mane tau kan satu hari nanti boleh jadi USAHAWAN HOMESTAY yang berjaya... hehehehe....... cikgu tetap cikgu tapi bisnes cite lain.... menyelam sambil minum air..

ok lah... kat cni jer.... nak sambung wat report.... roger n out!!!!!!

Jumaat, 16 April 2010

cabaran guru....

selangkah demi selangkah semangat ku melangkah utk mengecap kejayaan. pejam celik pejam celik sudah 3 tahun diri ini bergelar mahasiswa di UPSI. seperti tidak percaya lagi setahun aku bakal menjadi guru. sudah cukupkah persediaan diri ini untuk berhadapan dengan ragam student pada era ini. yang mana remajanya bukan seperti zaman kita belajar dulu. kalau dulu, apa yang cikgu cakap mesti kita akan buat tanpa sebarang bantahan, kalau kena rotan ke cubit ke denda ke lumrah. kalau balik rumah mengadu kat mak ngan ayah, bukan dibela oleh mereka malah kadang2 tu kena tambah lagi. mak ngan ayah mesti cakap "cikgu takkan denda, rotan kalo kite tak buat salah". tp itu susasana zaman kita sekolah, sekarang jangan haraplah nak macam tu. sekarang zaman cikgu dengar cakap murid. tak leh sentuh ckit, bukan setakat nak sentuh jeling pon tak boleh tau. kalau buat jugak, ha siaplah nanti mummy ngan daddy dieorg datang serang sekolah. pengetua pulak mesti sebelah kat mummy n daddy tu. yelah org pangkat beso. beso kat dunia jer, kat akhirat Tuhan tak pandang pon. kite nak didik anak2 dieorg jadi insan bukan orang... beza yer insan dengan orang... perbezaan yang sangat besar... tp sy pelik jugaklah, kenape ramai mummy n daddy yg mana masa dieorg bersama anak-anak jauh lebih ckit berbanding dgn guru.. mummy n daddy ni asyik cbuk cr harta dunia kononnya utk bahagiakan anak-anak lah sampai masa utk anak2 langsung takde... yelah kluar awal subuh, balek lak menjelang tengah malam... jadi mane ade mase nak pantau anak-anak... guru yg kat sekolah lebih mengenali anak-anak mereka... tp bila anak2 mengadu pasal cikgu kat sekolah terus serang tanpa usul periksa dahulu.... yg depa tau anak2 depa yg betul..... tp kadang2 tu ada jugak guru yang bertindak di luar batasan... jd seharusnya buat usl periksa dulu....

banyak dah kes yg dilaporkan... misalnya kes cikgu yang ditendang oleh pelajar perempuan, guru yang ditampar... kerta cikgu dicalarkan dan macam2 lglah... murid2 dah takde perasaan hormat pada guru lagi dah skrg ni... kualiti guru2 yang ada skrg pon sy lihat sangat rendah... kesungguhan guru zaman milenium sekarang mengajar tidak sama seperti guru zaman kapur.... semangatnye dah beza sangat.... memanglah dulu guru garang tp lihatlah hasilnya... melahirkan ramai cerdik pandai dan cendiakawan2 yang termsyhur....

jadi ape yg dpt saya simpulkan dcni, sama ada guru mahupun student manhupun ibu bapa, semuanya perlu melakukan transfromasi...... balik kepada akar umbi iaitu agama...
setakat dulu utk coretan tentang cabaran guru utk kali ini.. insya allah akan ada susulannya... sekian...

Selasa, 13 April 2010

mampukah aku???

untuk serikandi islam...
Kongsi
Semalam pada pukul 11.32 ptg
Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si pemuda

Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang soleh

Sabtu, 3 April 2010

baca, lihat. fikir dan renungkan dulu br melatah

assalamualaikum.....

malam ni jari jemariku tergerak untuk mendoretkan sesuatu. perihal manusia yang mudah melatah kerana salah faham sebab tak memahami maklumat yang sebenarnya. Sebab tu dalam Islam kita disruh untuk membaca. Namun bukan setakat membaca sahaja. Jika hanya membaca tetapi tdak menghayati tak guna jugak. pastikan sebelum kite melontarkan pendapat atau idea selepas melihat atau membaca sesuatu kita pastikan yang kite benar2 memahami isi kandungan atau maklumat yang ingin disampaikan. hal ini bagi mengelakkan kita tersalah faham. MISUNDERSTANDING....

salah faham ini bukanlah sesuatu yang mudah. salah faham boleh membawa kepada perpecahan. masih knta lagi dengan peristiwa 13 mei 1969?? kalo ade yg tak tau tu pegi terjun bangunan IPSI lah. peristiwa 13 mei tu adalah rentetan daripada kekalahan orang melayu pada pilihan raya. kejadian ini tercetus akibat slah faham sbnrnya. memang sudah sah melayu kalah. kaum melayu pd waktu itu menggunakan penyapu sebagai perlambangan utk kaum cina. bagi kaum cina penyapu adalah sesuatu yang sial... itulah yang mencetuskan peristiwa 13 mei. tgk bagaimana salah faham boleh wujudkan satu situasi yang tidak aman sampai berbunuh bunuhan antara kaum....

kisah lain yang boleh dijadikan contoh adalah kisah Rasullullah SAW dgn Saidina Aisyah r.a. peristiwa tersebut adalah fitnah yang melanda antara aisyah dgn arsullullah saw akibat salah faham. hal ini telah menyebabkan Rasullullah telah mengasingkan diri dengan Aisyah selama 40 hari sehingga Rasuullullahmendapat petunjuk daripada ALLAH swt.

dua kisah di atas adalah antara berjuta kisah implikasi buruk akibat salah faham dan fitnah.
inilah yang terjadi pada saya pada hari ini. seorang rakan saya telah salah faham dengan statement yang saya buat di laman sesawang face book. tapi apa yang menjadi persoalannya, kenapa si dia perlu terasa dengan statement yang sya lontarkan itu sedangkan deskripsi manusia yang sya maksudkan memang bukan die... jadi saya pun terfikir sesuatu: adakah dia mempunyai sifat2 sedemikian??? sebab itulah dia terasa dan terus melatah siap bersumpah dengan nama ALLAH. ingat, the name of ALLAH is something that we cannot fool with it. jage2 dengan sumpah yang kite wat. memanglah dia tu yakin yang dia takde sifat2 itu tapi yg musykilnya kalo di yakin die takder sifat2 itu kenape die perlu melatah sampi begitu sekali?? sedangkan rakan sebenar yang saya maksudkan dalm statement tu tak cakap apa pun... jadi, saya rasa pembaca sekalian dapat berfikir sendiri kan.. LU PIKIRLAH SENDIRI..

jadi saya tak naklah salah faham ni berterusan.... di sini secara terbuka disaksikan ALLAH, malaikat ratid dan atid sya memohon kemaafan dengan kesalah fahaman yang telah berlaku.... ampun ya...

sekian...

Selasa, 30 Mac 2010

yes... akhirnya...

alhamdulilah.....

setelah bertungkus lumus akhirnya aku dapat gak masukkan lagu dalam blog kesayangan aku ni.... nak berapi kut.... naseb abik tak meletus....
senang jer rupenyer.... thanks lah pada yang sudi beri tunjuk ajar k....
hahahahaha... hatiku senang banget...........

Jumaat, 19 Februari 2010

KARNIAWAN KALI KE-7

KARNIAWAN KALI KE-7... (karnival n konvensyen keusahawanan)

alhamdulilah... akhirnya berjala jugak program yg dah ditunda sebanyak dua kali ni. sepatutnya disember tahun lepas tapi sebab kelantan banjir terpaksa di tunda pd februari 2010. tak kesah lah janji program jalan. kalo tak, penat ajer buat persediaan. walaupun UPSI hanya dapat bwk balek satu anugerah dr 4 anugerah yg dicalonkan, kire oklah tu. TAHNIAH kat abg JAA... die dpt anugerah usahawan siswazah terbaik. aku pun ade dicalonkan utk anugerah usaha siswi terbaik, tapi takder rezeki nak dpt.. nak buat camner kan... cume bengang ckit lah sebab dr awal program pihak urusetia asyik sebut kami UNIVERSITI PERGURUAN SULTAN IDRIS... kami UPSI tu stand for UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS actually.. depa tak peka tul lah.. malas lah nak kecoh2 kan... nanti depa ckp ape lak... tp sekirenye ade pihak berkenaan yg membaca tulisan sy ni please take note k.. nama adalah penting dan ia melambangka identiti sesuatu.. same juga kalau nama kita sendiri salah mesti kita marah kan..
tp best lah sbb dpt enjoy pi sane wlpn pengisian program kurang ckit.. sbb byk mase terluang... kali ni punye KARNIAWAN just ade satu slot jer utk talk.. tp bestlah sbb ROSYAM NOR yg kasi talk tu... kirenyer tema tak KARNIAWAN kali ke-7 ni tak berape kena.. temanya 'membina usahawan berpengetahuan'.. tp tak byk pun aktiviti ke arah tu... ape pun tahniah jugak diucapkan sbb pihak penganjur kali ni dpt laksanakan program dengan baik.... setiap yg kite buat pasti ade kelemahan kan...

antara perkara yg best for this KARNIAWAN is MR.OJ belanjer kami makan kat tepi laut... sedap... save bajet malam tu... MR.OJ stand for encik osman jusoh.. our penasihat for entrepreurship club... kengkawan pun makin ramai.... pastu tak sangke boleh jumper junior Sekolah dulu kat UMK... die study kat sane... ape lg ek nak tulis?? cukuplah tu kut... nanti akan ditambah dr semasa ke semasa...
lastly, cucilah mate ngan gambo2 happening kami kat sane..



Rabu, 20 Januari 2010

WANITA...

SEKADAR NASIHAT UNTUK KAUM HAWA
1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
6. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
7. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
8. Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
9. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
10. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

SEJENAK....

SMALL THING, BIG FEEL

A young man was applying for a job in a big company. He had passed the first few tests, and now he was sitting in front of the general manager to have the final interview. After looking at the result of the test and his appearance, the general manager asked him, “What’s your ambition?”

“My ambition is to sit on your chair someday,” he answered.

“You know, it is not easy. You must work very hard for a long time. Do you understand this?”

The young man nodded

“What do your parents do?” the general manager continued.

“My father passed away when I was young, sir. My mother is the bread earner. She sends us to school.”

“Do you know your mother’s birthday?” again the manager asked.

“There is no tradition of celebrating birthdays in our family sir. I don’t know her birthday.”

“Well, young man. I have not made any decision whether to accept you or not, but I have one task for you. When you are home, do this small thing: wash your mother’s feet. Come back here tomorrow.”

He did not understand why the manager asked him to do this. It was certainly an extraordinary request. However, he was willing to do it since he wanted the job badly. In the evening, he led his mother to a chair. “Mom, you look so tired. Let me wash your feet.”

Surprised, the mother looked at her son and nodded. “My son, you’ve grown up now. You seem to start understanding life.”

He took a pail of warm water, and soaked his mother’s feet in it. He rubbed and massaged the fragile, wrinkled, and withered feet gently. Feeling the rough and flaky feet in his hands, he shed tears down his cheeks. “Thank you very much, Mom. So far you have been working very hard for me. Because of these feet I can be what I am today, “ he mumbled, trying hard to control his sobs. Then they hugged each other with a feeling of gratitude and relief.

The next day, the manager asked him, “Now tell me what you felt when you washed your mother’s feet.”

“When I washed them, I realized how much she loved me. She sacrificed everything, even herself, for her children. Seeing my mother’s wrinkled and fragile feet, I know that I have to work very well as a way to pay respect to her,” He said wholeheartedly.

Hearing this, the manager decided to accept him. He believed that a young man who knew how to be grateful and to repay the kindness of his parents was a human being with big compassion. And a man with compassion would work seriously, wit all his heart and responsibility.



ingatlah dan hargai ibu dan ayah kite selagi maseh ade peluang... sekadar coretan renungan yg ku terima dr teman....