Khamis, 30 September 2010

cerita jenaka...

SERAM
Sebuah sekolah asrama perempuan di Terengganu diganggu jin Islam. Yang peliknya pelajar Cina dan India tidak diganggu. Hanya pelajar Melayu sahaja yang diganggu. Seorang bomoh dipanggil unuk menghalau jin itu. Upacara dilakukan. Bomoh bertanya kepada jin ”Kenapa kau tak ganggu pelajar perempuan Cina dan India?” Jin itu menjawab dengan suara yang menakutkan ”Siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada memikat... he..he..he..


NOMBOR
Suatu hari di sebuah sekolah berhampiran dengan studio UJANG, seorang guru matematik menyedari seorang muridnya bernama Jinggo tidak menumpukan perhatian semasa dia mengajar. Lalu dia memanggil Jinggo dan bertanya pada Jinggo, ”Jinggo!Beritahu saya apakah kategori nombor 4, 17, 40 dan 62?” Kemudian Jinggo dengan pantas bangun dari kerusinya dan menjawab, ”Ria, AXN, HBO dan Cartoon Network Cikgu!” Selepas menjawab, dua batang kapur telah melayang dan menyumbat lubang hidung Jinggo.

BENGANG
Na Zha : Saya nak tanya satu soalan, boleh tak?
Ah Liu : Boleh apa salahnya.
Na Zha : Okey, kalau perkataan TULANG dibuang T jadi apa?
Ah Liu : Ulang la
Na Zha : TULANG dibuang T jadi apa?
Ah Liu : Ulang la
Na Zha : TULANG dibuang T jadi apa?
Ah Liu : Ulang la
Na Zha : TULANG dibuang T jadi apa?
Ah Liu : Ulang la
Na Zha : TULANG dibuang T jadi apa?
Ah Liu : #%@&?!!!!! Aku makan kang budak ni!!!

Tiada ulasan: