Khamis, 30 September 2010

LidaH....

Apa Kata Sahabat Tentang Lidah?????

1. Abdullah bin Mas'ud:
"Wahai lidahku, berkatalah yang baik, nescaya kamu beruntung. Atau diam dan dengarlah, nescaya kamu selamat sebelum menyesal."

" Tiada yang lebih layak dipenjara lebih lama daripada lidah."

2. Al-Ashma'i:
"Dikatakan,perkataan ialah tawanan yang diikat seseorang. Apabila dia berbicara, maka dia menjadi tawanan ucapannya."

3. Umar bin Abdul Aziz:
" Orang yang terjaga dan bertaqwa ialah orang yang selalu mendera lidahnya."

4. Adu al-Darda:
"Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu. Sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu ,mulut agar engkau lebih banyak mendengar daripada berbicara."

5. Al-hassan:
"Orang yang tidak mengerti tentang agama, tidak menjaga lisannya."


Sesungguhnya benarlah pepatah melayu yang mengatakan "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa".. Kata-kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan, kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita.. ucapkanlah sesuatu yang baik dari bibirmu kerana perkataan yang baik itu keluar dari hati dan fikiran yang baik.. kata-kata juga adalah doa. setiap butir kata yang keluar dari bibir kita ibarat doa untuk diri kita.. jadi ucapkanlah sesuatu yang baik yang dapat memberi manfaat kepada diri kita dan orang di sekeliling kita..... wallahualam....

Tiada ulasan: