Khamis, 30 September 2010

Perihal Silaturahim....

Silaturrahim

Sabda rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya rahmat Allah tidak turun kepada satu kaum yang ada dikalangan mereka seseorang yang memutuskan silaturahim (Imam Al Baihaqi)
Sabda rasulullah s.a.w.: Tidak ada dosa yang paling wajar disegerakan Allah akan siksanya kepada pelakuna didunai ini daripada pemutus silaturahim (Abu Daud, Tarmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah)

Mencintai saudaranya

Sabda rasullulah s.a.w: Tiada beriman seorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya. (Bukhari dan Muslim)

Berilah Kemaafan... Usah biarkan ego menguasai diri...

BERMAAF-MAAFAN adalah antara sifat terpuji yang perlu dilakukan sepanjang masa. Firman Allah bermaksud : “Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa”. (Surah al-Baqarah, ayat 237)

Menurut Imam Al-Ghazali, pengertian maaf itu ialah apabila anda mempunyai hak untuk membalas, lalu anda gugurkan hak itu, dan bebaskan orang yang patut menerima balasan itu, dari hukum qisas atau hukum denda.

Dalam sebuah hadis qudsi Allah berfirman yang bermaksud : “Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, wahai Tuhanku!, manakah hamba-Mu yang lebih mulia menurut pandanganMu?”

Allah berfirman: “Ialah orang yang apabila berkuasa (menguasai musuhnya) dapat segera memaafkan.”

Daripada hadis itu, Allah menjelaskan bahawa hamba yang mulia di sisi Allah adalah mereka yang berhati mulia, bersikap lembut, mempunyai toleransi tinggi dan bertolak ansur terhadap musuh.

Dia tidak bertindak membalas dendam atau sakit hati terhadap orang yang memusuhinya, walaupun telah ditawannya, melainkan memaafkannya kerana Allah semata-mata. Orang yang seperti inilah yang dikenali berhati emas, terpuji kedudukannya di sisi Allah. Memaafkan lawan di mana kita berada dalam kemenangan, kita berkuasa, tetapi tidak dapat bertindak sekehendak hati. Inilah sifat mulia dan terpuji.

Firman Allah lagi bermaksud : “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa.” (Surah Ali Imran, ayat 133-134)

Ayat itu membuktikan bahawa orang yang menahan kemarahannya, termasuk dalam golongan Muttaqin iaitu orang yang bertakwa kepada Allah. Tambahan pula Allah akan memberikan pengampunan kepada mereka, lalu menyediakan mereka balasan syurga. Alangkah besar dan hebatnya ganjaran bagi manusia pemaaf.

Kemaafan dalam Islam

Memaafkan kesalahan seseorang adalah tanda orang yang bertakwa.

Wajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta.

Sifat ‘tak kenal maaf’ atau ‘tiada maaf bagimu’ adalah sifat syaitan. Ia akan membawa keretakan dan kerosakan dalam pergaulan bermasyarakat.

Masyarakat aman damai akan terwujud jika anggota masyarakat itu memiliki sikap pemaaf dan mengerti bahawa manusia tidak terlepas daripada salah dan silap.

Imam Al-Ghazali memberi tiga panduan bagi memadamkan api kemarahan dan melahirkan sifat pemaaf.

Apabila marah hendaklah mengucap “A’uzubillahiminassyaitanirrajim” (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).

Apabila marah itu muncul ketika berdiri, maka hendaklah segera duduk, jika duduk hendaklah segera berbaring.

Orang yang sedang marah, sunat baginya mengambil wuduk dengan air yang dingin. Hal ini kerana kemarahan itu berpunca daripada api, manakala api itu tidak boleh dipadamkan melainkan dengan air.

Isnin, 23 Ogos 2010

bulan pose...

ari nih dah masuk hr yg ke 13 umat islam seluruh dunia berpuasa... alhamdulilah.. syukur atas nikmat ALLAH... sekejap jer mase berlalu... terlalu singkat.. tup tup tup dah dekat 2 minggu kt berpose kan kan kan?? so amalan korang bulan pose tahun ni camne?? kalo tanye aku, hanya mampu cakap alhamdulilah... hanya ALLAH yang mengetahui.. kite kalo wat baik tak yahlah nak heboh2 kat org... sesungguhnya ALLAH itu lebih mengetahui dari segalanya.... tak payahlah nak banding-bandingkan amalan kite dgn org lain. buang mase jer.. biar malaikat ratib dan atid yang catat segala amalan kite dan menghitungnya.. kite tak yah susah nak ambek kalkulator duk kire k. depa lagi pandai mengira dari kite.

hari ni sepatutnya aku kena pi jumpe lecturer pasal tesis tapi keadaan tak mengizinkan. aku diserang cirit-birit. naseb bek member group aku tak kesah. depa kate ok takpe hang rehat je kat rumah. ni smeua gara2 air kelapa semalam lah nih. alkisahnya air kelapa yang aku beli utk buke pose semalam tersangatlah sedaonye. tapi aku minum tak habis. jadi lebih kurang cam 1 pagi tu aku teringinlah minum lagi. roomate aku cakap tak yahlah minum sebab mesti dah masam air tu. yelah aku beli pukul 5 petang, time nak minum tu dah kul 1.. dekat 7 jam gak tu kan gap. tapi aku tak kire aku bantai je minum. mule2 aku rase dulu, rase cam ok je aku sedutlah semua... licin.. tinggal plastik ngan straw jer... dan akibatnya pag nih aku diserang diarea yg agak teruk lah.. lebih spolh kali kut aku wat appointment ngan mr. toy (toilet... takpe2 dugaan bulan pose... habis keluar semua isi perut aku..

dah lah kut.. aku stop kat cni jelah... next time aku citer lg ek..

assalamualaikum...

Khamis, 22 Julai 2010

SERVICES PRINT

MARI! MARI! MARI! TAWARAN HEBAT!!!!!!!!!!!!!

# ANDA MAHUKAN PERKHIDMATAN PRINT , SCAN DAN FOTOSTAT DI SAAT-SAAT DARURAT???

# PERLU HANTAR ASSIGMENT DI AWAL PAGI TETAPI ASSIGMENT BELUM DIPRINT???

# KEDAI UNTUK PRINT, SCAN DAN FOTOSTAT YANG JAUH DAN SUKAR UNTUK KE SANA??? MALAS UNTUK KELUAR KE KEDAI???

# JANGAN RISAU.... KINI ANDA ADA PENYELESAIANNYA... KAMI BERSEDIA MENYELESAIKAN MASALAH ANDA...

# KAMI ADA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN:

1.PRINT
- HITAM PUTIH (20 SEN SEKEPING@SATU MUKA SURAT)
- WARNA (50 SEN – RM 2.00 SEKEPING@SATU MUKA SURAT)
- LOGO UPSI (50 SEN SETIAP SATU)

2.SCAN
-50 SEN SEKEPING

3.FOTOSTAT
-HITAM PUTIH (20 SEN SEKEPING@SATU MUKA SURAT)
-WARNA (RM 1.00 SEKEPING@SATU MUKA SURAT)

4.BINDING TAPE
-50 SEN SEKALI TAPE


DIBUKA 24 JAM 7 HARI SEMINGGU: CALL @ SM DULU SEBELUM DATANG

KUNJUNGI KAMI DI KOLEJ ZA’BA, BLOK C, RUMAH 205
HUBUNGI AFIDAH DI TALIAN 019-9307152 @ 017-5769331

JIKA BANYAK ADA DISKAUN!!!

utk awak yg saye sayang........

UNTUK AWAK YANG SAYA SAYANG

Awak,
Hari ni awak nampak serabut
Semo orang kutuk
Tapi ada gak hati yang puji
jadik you can always count on me...

Awak,
Hari ni saya senyum kat awak
Tapi awak jalan depan saya
Jadik senyum pun tak gune

Awak,
Hari ni awak tego saya
Tapi saya buat2 pekak
Padahal nak elak daripada tak boley berenti borak

Awak,
Hari ni saya tego awak
Tapi saya tego awak dalam hati
Jadik awak tak penah dengar all the gud lucks and
take care hari2

Awak,
Hari ni kita duduk semeje
Tapi raser cam jauh giler
Padahal tak sampai sedepa

Awak,
Hari ni awak beratur belakang saya
Tapi saya tak tau nak cakap ape
Jadik saya blah mcm tu ajer

Awak,
Hari ni berubah situasi
Tapi saya still kat sini
Padahal dah kosong tak berisi

Awak,
Hari ni saya nampak awak kat Mc D
Tapi awak tak macam dulu lagi, dah berteman
Jadik saya terdiam sendiri

Awak,
Hari ni saya dah janji..nak pergi
Tapi tak tau kenape tak boley pegi

Awak,
Hari ni saya menyesal ade ego yang tinggi
Tapi dah takde harapan kat sini
Jadik nak tak nak terpakse sendiri

Awak,
Hari ni hari terakhir nampak awak
Tapi awak tak toleh sini
awak focus kat tv

Awak,
hari ni saya tgk gambar kiter senyum
tapi gambar tinggal gambar
nak buang sayang
nak simpan sedey

Awak,
besok antare kita
ader balai berlepas
besok tak de besok untuk saya
besok jugak tak de besok untuk awak

Awak,
semoge satu hari nanti
saya menginsafi diri
tak nak ada ego tinggi lagi
buat sakit hati

Awak,
sebelum pergi
hari ni..kat sini
saya janji...
semua ni untuk awak
Sebab kenal awak anugerah terindah penah
saye miliki.

Terime kasih Awak..
Terima kasih sangat2 sebab sudi jadi kawan saye..

Jumaat, 2 Julai 2010

SCORE A LEARNING PROGRAMME...

jom kengkawan... kite reramai wat duit... pendidikan adalah satu pelaburan... melabur untuk pendidikan dalam masa yang sama kite dapat wat duit... nak tahu lebih lanjut sila hubungi kat talian 017-5769331 atau post comment kat blog ni k...

BERAKHIRLAH KISAH KU DI HOMESTAY LONEK........

assalamualaikum............

akhirnya, hari ni 2 julai 2010... tarikh akhir aku menghabiskan latihan industri ku di Homestay Lonek ni... huhuhuhu... sedey sangat rase tau. malam tadi ade wat majlis perpisahan. sayu hati ini ingin meninggalkan setelah 2 bulan menghabiskan masa kat LONEK... memang satu kenangan yang takkan dilupakan.... insya allah ade mase aku akan ke sana lagi...